Sunday, 27 January 2013

Processor







Apakah Processor Secara ringkasnya.Processor mengolah segala data informasi yang diberikan pada komputer.Nama lain bagi Processor adalah CPU (Central Processing Unit)
Jika berlaku kerosakkan pada Processor maka System Komputer akan lumpuh dan komputer tidak dapat ON.Processor amat memainkan peranan besar.



Cara-Cara Menukar dan Memasang Processor pada Motherboard
Pengeluar terkenal processor ialah INTEL dan AMD,Setiap Processor keluaran mereka menpunyai kelebihan tersendiri dari segi performance,harga dan jangka hayat.
Setiap Processor tidak sama pada motherboard.Oleh itu sebelum membeli processor pastikan processor itu sesuai dengan socket pada motherboard.

1.  Buka Casing CPU anda perhatikan bahagian FAN(kipas)Processor.Processor berada dibawah Fan
2.  Buka FAN(kipas) dengan membuka Kekunci FAN, ada sestengah FAN perlu membuka skru.Setiap motherboard menpunyai jenis FAN yang berbeza bergantung pada jenis Motherboard itu.
3. Anda akan nampak Processor,Jika FAN processor anda berhabuk,sebaiknya membersihkan dulu.
Cara-Cara Membuka dan Memasang Processor
  1. Tekan Kekunci socket pada socket processor
  2. Buka clamp Processor
  3. Mengangkat Processor dengan berhati-hati
  4. Bersihkan Tapak socket Processor jika berhabuk(gunakan blower ataupun berus..berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan pada tapak processor
                                                            

PROCESSOR
Berhati-hati semasa memegang dan memasukkan processor pada socketnya.Jangan menyentuh ic di bawah Processor.Setelah Memasukkan Processor Baru anda pastikan bahagian atas Processor menpunyai Processor greese.Jika processor anda baru,sudah ada greese atau silikon pada bahagian atas processor,jika anda memasang Processor terpakai anda perlu masukkan processor greese atau silikon untuk mengurangkan kepanasan pada processor
Pasang semula FAN dan casing CPU anda dan ON kan komputer.

Wednesday, 16 January 2013

Motherboard (MOBO)


 

Langkah 1: Mencari motherboard di kedai komputer

Pastikan anda mengetahui specification komputer anda sebelum membeli motherboard, ini kerana setiap motherboard mempunyai platform masing-masing contohnya motherboard intel tidak boleh di masukkan processor AMD kerana architecture yang berbeza pada setiap CPU.
Langkah 2: Membuka komputer anda

Sebenarnya cukup mudah untuk membuka komputer anda, cuma perhatikan screw yang terlibat dalam menutup casing dan putarkan kesemuanya arah lawan jam.

Langkah 3: Unplug

Cabut semua wayar yang menyambung ke motherboard. Sila perhatikan tempat yang di tandakan dengan bulatan merah. Pastikan anda telah mencabut semua wayar yang bersambungan dengan motherboard sebelum meneruskan langkah seterusnya.

Langkah 4: Unplug komponen motherboard

Tanggalkan komponen motherboard seperti grafik kad, sound kad ataupun network kad dari motherboard anda. Dalam kes ini kita hanya mempunyai grafik kad dan USB cable. Motherboard ini menggunakan buitl-in network dan sound card

Langkah 5: Membuka screw motherboard

Tanggalkan kesemua screw motherboard yang memegang motherboard ke casing komputer anda. Bulatan merah di atas menunjukkan kedudukan screw-screw di dalam casing komputer. Tanggalkan kesemua screw tersebut dengan memutar screw arah lawan jam.


Langkah 6: Mencabut Panel Port

Jika anda perhatikan dari luar casing komputer anda, anda akan mendapati terdapat sekeping besi yang mempunyai banyak lubang berbagai bentuk. Ini adalah tempat di mana motherboard anda menyambung keyboard, mouse, sound dan network kad. Setiap motherboard mempunyai konfigurasi yang berlainan dan di sebabkan itu, panel port ini sentiasa tidak sama di antara satu sama lain. Keluarkan panel ini dengan menolak besi ini dari dalam casing anda.


Langkah 7: Membuka processor dan RAM

Cabut RAM dengan menekan suiz bewarna putih di setiap sisi RAM anda. Untuk membuka processor, anda perlu membuka kipas processor. Cara buka setiap kipas adalah berbeza-beza mengikut jenis kipas yang di gunakan. Dalam kes ini, kipas boleh di buka dengan mudah dengan memusing kekunci di penjuru kipas.

Langkah 8: Menanggalkan processor

Sekarang kita perlu tanggalkan processor dengan membuka selak yang mengunci processor. Tekan selak ke bawah dan tarik ke kanan sedikit untuk membuka selak.


Langkah 9: Menyediakan motherboard

Setelah semua proses tadi selesai, kita akan membuka motherboard yang baru pula

Langkah 10: Memasang processor

Pasangkan processor semula seperti mana keadaannya anda membuka processor di motherboard sebelumnya tadi. Dalam kes ini anda kena pastikan yang tanda tiga segi terletak di sebelak kanan atas.

Setelah berpuas hati, pasangkan balik selak processor.Ingat, jika anda mempunyai kesukaran untuk memasang kembali processor, jangan paksa untuk menekan dengan kuat kerana ianya akan merosakkan motherboard dan processor.Periksa kembali pemasangan anda jika anda menghadapi masalah seperti ini.

Langkah 11: Memasang Kipas Processor

Pasang kipas processor tadi di atas tapak tempat di mana kita meletakkan processor tadi. Di sini terdapat 4 screw plastik di setiap bucu di mana setiap satunya perlu di pasangkan dengan betul. Sila pastikan tapak kipas dan processor bersentuhan dan penggunaan grease thermal adalah sangat di galakkan untuk memaksimumkan pemindahan haba dari processor ke tapak kipas.Ianya adalah bahan yang wajib jika anda ingin overclock komputer anda.
Langkah 12: Pemasangan RAM

Pasang memory module (RAM) anda di tapak RAM, di tandakan dengan bulatan merah disini. Pastikan kedudukan kaki memory module bertepatan dengan kedudukan tapak memory module. Tekan memory module tersebut hingga terdengar bunyi "klik", jika tidak kedengaran anda perlu periksa semula kaki memory module anda. Untuk mendapatkan maksimum performance, sila pastikan yang kedua-dua momory module di letakkan di tapak (bank) yang betul. Contohnya kedua-dua memory module mesti terletak di bank yang bewarna kuning.

Langkah 13: Pemasangan panel port baru


Gambar di atas adalah gambar panel port bagi motherboard yang akan di pasang. Panel ini perlu di pasang terlebih dahulu kerana adalah agak sukar untuk memasang panel ini sesudah motherboard baru di pasang.

Langkah 14: Pemasangan motherboard


Sesudah processor dan memory module berjaya di pasang, dengan berhati-hati letakkan motherboard yang baru tadi itu ke dalam casing. Pasang screw.

Langkah 15: Panel Casing


Sekarang adalah waktu yang paling sesuai untuk memasang wayar lampu power led dan hard disk activity. Ini kerana adalah lebih mudah memasang pada waktu ini kerana tidak banyak objek di atas motherboard yang akan menganggu operasi pemasangan wayar.
Untuk memasang wayar kawalan, kita perlu tahu di mana lokasi penyambung untuk setiap wayar
Perhatian: Wayar bewarna merah adalah + dan wayar bewarna hitam adalah sebaliknya. Jika casing anda hanya membekalkan warna merah, gunakan lah wayar ini hanya untuk +. Jangan risau sekiranya anda tersilap menyambung wayar panel ini kerana tiada kebakaran akan berlaku.


Langkah 16: Pemasangan USB connector (belakang)

Pemasangan USB port lebih mudah kerana kebiasaannya wayar-wayarnya telah tersusun rapi. Anda cuma perlu plug kan di tempat yang betul sahaja.

Langkah 17: Memasang Panel Bunyi - D epan

Panel bunyi hadapan (Front panel sound) memudahkan kita untuk menyambung sebarang aksesori tambahan seperti microphone dan headphone kerana ianya terletak di bahagian hadapan.Komputer lama tidak mempunyai ciri-ciri seperti ini. Untuk memobolehkan front panel sound anda berfungsi dengan baik, anda perlu menyambungkan wayar daripada panel casing anda ke motherboard. Gambar di atas menunjukkan kedudukan connector di motherboard.Seperti biasa, untuk menyambungkannya kita cuma perlu plug kan ia di tempat yang betul.


Langkah 18: Pemasangan power cable dan kad-kad yang lain

Plugkan power cable di motherboard anda. Ada sesetengah motherboard yang hanya mempunyai satu sambungan sahaja (terdapat di komputer lama). Dalam kes ini, motherboard ini mempunyai dua input power (di tandakan dengan bulatan merah). Untuk memasang kad yang lain pula, dalam kes ini grafik kad, plug kan sahaja grafik kad itu di slot yang telah di sediakan.
Langkah 19: Pemasangan SATA cable

Sata cable adalah penyambung di antara hard disk atau DVD ke motherboard. Cara pemasangannya juga cukup mudah iaitu cuma plug ke tempat SATA cable.


Langkah 20: Pengemasan

Setelah siap semua proses, adalah lebih baik kita mengemaskan wayar/cable yang terdapat di dalam casing supaya pengaliran udara akan menjadi lebih lancar dan memanjangkan hayat komponent motherboard.

Pasang balik casing anda seperti sediakala seperti di atas. Komputer telah tersedia untuk di gunakan.

Tuesday, 15 January 2013

Graphic Card


Tidak Semua Komputer(CPU)dapat menyokong graphic pada sesetengah perisian seperti Auto Cad atau lebih ketara lagi Permainan Games yang menpunyai tahap 3D Graphic yang tinggi.
Kebanyakan games mahupun perisian pada zaman sekarang menpunyai tahap Graphic yang tinggi.

Kalau hanya mengharapkan VGA pada onchip standard motherboard.Sudah pasti Perisian mahupun games tidak dapat di install.kalau boleh pun mesti performance Cpu menurun.

Langkah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meng upgrade kan Komputer(CPU) dengan memasukkan Graphic Card

 Graphic Card

Ada 2 Jenis Graphic Card iaitu jenis slot

1. Jenis AGP Slot
Graphic Card jenis ini hanya untuk motherboard yang menpunyai Slot AGP
Selalu motherboard jenis ini jenis lama seperti motherboad untuk prosesor Pentium 4

2. Jenis PCI e Slot
Graphic Card jenis PCI e ini Untuk Motherboard yang terkini yang berada di pasaran

Anda boleh melihat pebezaan pada Kaki slot emas pada graphic card dimana Graphic card jenis Agp lebih pendek dan mepunyai 2 garisan border di tengah manakala jenis PCI e lebih panjang dan menpunyai 2 garisan border di awal dan di  

Langkah 1 

Buka Casing Komputer Anda(CPU)kalau berhabuk tu cuci la dulu..hehehehe.Anda akan melihat Motherboard CPU


 
Langkah 2

Pada langkah ini pastikan Graphic card yang betul untuk motherboard anda.Masukkan Graphic Card dengan berhati-hati mengikut kaki Port yang betul

Langkah 3
  Masukkan Graphic Card dengan rapat dan ketatkan Graphic Card dengan Skru.

Setelah Selesai Semua Tutupkan Casing Cpu Anda.Tukar Plug Lcd atau monitor yang berwarna biru kepada Port socket Graphic Card yang baru di pasang td.
On kan Komputer anda dan Install driver Graphic Card anda ke dalam system.Selalunya Graphic card baru akan diberi cd driver

Kalau anda memahami toturial ini,anda dapat menjimatkan kos untuk menghantar cpu ke kedai komputer.Anda pun boleh jadi technician komputer.